Assalamualaikum,hello beautiful souls :)
The moment i'm writing this post the smell of giraffe and tapir probably still linger on me coz i havent bath yet.hahaha.We named our volunteer programme at Zoo Negara as Zoomer Zoo. This is the second time hence 2.0 at the end of it. Kali ni collab dengan UiTM dan UniKl. Last year collab degan UiTm dan UPM dapat ramai kawan baru. Kali ni dapat sorang ja dari UiTM, disatukan sebagai geng zookeeper kandang zirafah & tapir. Her name is Atiqah. Cantik orangnya macam emma maembong. Tapi sekumpulan lelaki yang masih mentah,perhaps, sebab masih dalam fasa tidak malu untuk memanggil perempuan yang lalu lalang dalam zoo, cakap "uiyoo macam Mira Filzah".
Kalau tahun lepas dapat reptile department di mana dapat bermanja dengan ular (i lied,it took me 1 hour to take courage to touch an albino snake and a python), kali ni dapat zirafah & tapir. Jangan tanya saya, tanyalah zoo negara kenapa jadikan zirafah dan tapir berjiran sedangkan mereka hanya buat hal masing-masing. Zirafah kadang-kadang tu ada la jugak usha kandang tapir kat sebelah. Tapir ni pulak spesis pemalas. Kerja tidur dan bila terdengar bunyi yang menakutkan contoh dari mesin, tiba-tiba tapir berubah menjadi kelajuan seekor cheetah. Masa tu tengah bersihkan kandang tapir,tetiba ada mesin gergaji berbunyi. Tapir yang tengah tidur pun bingkas cergas bangun untuk melarikan diri. Thought it was running towards me.pheww thank God it run the other way. Kalau tidak ada la sejarah dilanggar tapir yang sedang mengigau.
Zirafah ni pula haiwan yang friendly. Pernah tengok runningman masa diorang shoot dekat zoo (can't remember which zoo), kwangsoo kena jilat dengan zirafah. Pengunjung zoo negara ni cuma dapat tengok zirafah dari jauh ja sebab zirafah ni bila ada makanan dia akan keep on makan. They won't bother to say hi to people. Untuk masuk ke kandang zirafah dan tapir 1st thing 1st kami kena lalu tepi tempat makan zirafah. Leher dah la panjang, lidah asyik terjelir-jelir. kepala tu boleh tak duduk diam-diam je kat situ? sibuk ja dekatkan dengan orang tapi Alhamdulillah zirafah Malaysia bukan macam zirafah oversea yang jilat muka orang. by the way, lidah zirafah colour hitam. Zoo guide yang tengah guide sekumpulan budak tadika explain "Zirafah ni nampak tak lidah diorang tu asyik terjelir je.Matahari ni dah la panas. So sebab lidah tu asyik terdedah dekat panas, lidah zirafah pun dapat sunburn.sebab tu la hitam" didnt know if the zoo guide kelentong or what but i somehow believe that. Kinda new info for me,probably true sebab zoo guide semua adalah terlatih.
Masih episod zirafah. kami pun masuk kandang zirafah, masa tu diorang masih lagi tengah breakfast. Makan slow-slow untuk penghadaman yang baik. Bagus zirafah ni. Kami masuk dengan misi mengumpulkan dan membuang semua najis mereka. Untung la boleh makan dan membuang tapi manusia yang tolong bersihkan. Aha. Zookeepr cakap jangan berdiri dekat dengan kaki zirafah. Selain leher, kaki zirafah ni pun agak panjang jugak lah. Kalau kena tendang i could have ribcage rupture or any serious injury. Oh and yes, zirafah memang pandai tendang orang sebab tu kami kena berdiri di jarak yang selamat (sambil menyapu najis zirafah yang macam rupa coklat, small and round just nice). Not eating chocolate for a year . Again, i lied, am still gonna eat chocolate.
Tukar drama tapir pula. Sebab aku dengan anith datang masuk kerja lambat lepas rest, Atiqah yang macam Emma maembong/Mira Filzah pun mula kerja terlebih dahulu iaitu mencuci kurungan tapir. Bau agak kick. Najis tapir ni i dont wanna say la macam lumpur okay.
Yang datang lambat ni pun ditugaskan untuk menyapu daun-daun kering di perkarangan tempat permainan tapir. Tapir ni selain tidur dan juga berlari apabila terdengar bunyi yang mengejutkan, diorang suka mandi dan mempunyai swimming-pool-baby i call it. sebab kecil ja. Bila zookeeper spray air dekat badan diorang nampak la muka suka tu. Rilek ja macam tengah buat spa.
Selain dari tugas di atas adalah kerja kewanitaan iaitu membersihkan bilik stor. Department zirafah dan tapir ni banyak kerja pembersihan. Bukan sebab zookeeper tidak membersih but daily routine memang kena buat. Well, when human make mess we can fix it straight but animals need us human to fix it for them. Lainlah kalau ini kisah Madagascar,Happy Feet,Finding Nemo, atau The Jungle Book where even animals do conference and manage their life.
Kawan: Kenapa letak anak zirafah ni asing? tengok tinggal 2 kan dah bosan je zirafah ni.
(she got the same department last year and time tu ada anak zirafah)
Me : dah tu ko ingat kalau letak banyak-banyak dalam ni pun diorang boleh main sama-sama ke? sama gak bosan.
I went to taman rama-rama and walk around the garden, begging at hundred of butterflies to pose for my instagram but they keep ignoring me and fly away.But this one is supermodel.
For more info on Zoo Negara Volunteer Programme, visit http://www.zoonegaramalaysia.my/volunteerprogram.html
Comments
Post a Comment